Thursday, 14 January 2010

Rumput Guinea ( Panicum maximum )

Nak cerita sket pasal rumput nih..last post ada gambo padang ragut dah kena bajak..nak tanam rumput baru..rumput guinea atau rumput gajah/rumput banggala/sarang sesak adalah salah satu pilihan penternak di serata dunia...ternakan akan dibiar bebas meragut ataupun kaedah cut-and-carry dilaksanakan..rumput guinea dengan penjagaan dan pembajaan yang konsisten, mempunyai jangka hayat yang panjang ( lebih dari 5 tahun) pengeluaran setahun untuk tanah seluas 1 ekar boleh mencapai hingga 5-7 tan..rumput ini juga sesuai untuk dijadikan silaj..untuk mendapat kuantiti dan kualiti yang baik, rumput ni dicadangkan dipotong / diragut ternakan selang 4 minggu..
KELEBIHAN

-berdaun sangat lebat
-kandungan zat yang tinggi dan berkualiti
-pengeluaran yang tinggi
-sedia dimakan oleh ternakan
-sesuai untuk ragutan atau potong-dan-bawa (cut-and-carry)
-tahan lasak ketika musim kemarau

KEKURANGAN

-memerlukan tanah yang subur (dirawat)
-air tidak boleh bertakung
-tidak berkembang jika ragutan melampau
-batang menjadi keras jika tiada ragutan/potongan

No comments: