Thursday 19 March 2009

Penyakit Ternakan : Mastitis




Tanda-tanda klinikal

- Keadaan mastitis boleh dibahagikepada beberapa bahagian:

a. peracute mastitis
b. acute mastitis
c. Subacute mastitis
d. chonic mastitis
e. sub klinikal mastitis- dalam keadaan acute / subacute

biasanya tanda-tanda klinikal adalah setempat.

diambing susu (tetek)
- bengkak
- merah
- panas
- keras
- sakit bila disentuh
- fungsi terganggu (pengeluaran menurun)
- tanda-tanda keseluruhan
- demam (pyrexia)
- severe depression
- anorexia
- rebah dan terbaring
- kematian
- perubahan kepada susu
- bertukar warna - kuning/merah
- keadaan - pekat/merah - bau
- untuk subklinikal mastitis, tiada perubahan yang nyata kepada susu. Penyakit hanya boleh dikenal melalui - pemeriksaan serum (clinikal pathology)




Cara membuat diagnosa
- Pemeriksaan klinikal - tanda-tanda klinikal yang nyata (strip cup - Perubahan warna/keadaan/bau)
- Merasa dan meraba ambing susu
- Membuat california rapid mastitis test (CNRT /CMT RMT) untuk mengira sel leukocytes dalam susu.



Ujian-ujian yang boleh dilakukan dimakmal:
Susu
- bacteriology (culture untuk mengetahui agen penyebab.
- milk ring test

Serum
- cell count (inflamatory reaction)

Rawatan
- Rawatan mastitis bergantung kepada keadaan mastitis dan bilangan tetek yang terlibat.
- Jika hanya satu tetek (teat yang terlibat biasanya tiada perubahan pada suhu badan. Oleh kerana tiap-tiap satu tetek tidak berhubung antara satu dengan yang lain maka punca jangkitan utama adalah sentuhan dari pekerja/alatan yang digunakan untuk memerah serta kehadiran mikro oranisma

Untuk rawatan
- bersihkan kawasan terlibat menggunakan air suam bersama antiseptik. Tujuan air suam digunakan adalah untuk membantu dalam pengaliran darah yang boleh menambah pengeluaran susu. Antiseptik pula untuk membunuh atau menghalang pembiakan kuman di kawasan ambing susu.
- Perlu dikaitkan perubahan suhu badan untuk menentukan keadaan mastitis hanya setempat atau sistemik.
- perah susu ditetek yang terlibah/semua tetek sehingga habis.
- bersihkan semula menggunakan air suam bersama antiseptik tadi.- masukkan intra mammary infusion (antibiotik seperti orbenin LA, diproca, mamiject, mastalone dan lain-lain)
- rawatan diberi selama 3 - 5 hari bergantung kepada tindakbalas ternakan.
- rawatan secara sistemik diberi jika perlu dengan menggunakan antibiotik yang sesuai serta berkesan bersama infusion yang diberi.
- semasa rawatan susu mesti diperah setiap hari.
- selepas rawatan mesti juga diperah tetapi masih belum boleh diminum sebelum 6 - 7 hari kemudian.

Pengawalan

: Kebesihan pemerah/peralatan/ternakan sebelum dan selepas memerah
: Susu mesti diperah sampai habis tetapi tidak kuat atau lama sehingga merosakkan ambing susu.
: Rawatan lembu kering perlu diberi kepada lembu yang telah kering sebelum dilepaskan untuk pembiakan seterusnya.
: Kurangkan stress kepada ternakan.
: Asingkan ternakan yang terkena mastitis dan beri rawatansecara individu
: Mastitis merupakan suatu penyakit yang dihasilkan oleh cara pengurusan yang kurang baik serta kebersihan yang tidak dijaga dengan betul.





No comments: