Saturday, 28 March 2009

Umur Kambing Berdasarkan Pada Gigi






Determining the age of a goat is easy to do for the first few years of its life. The procedure is called toothing a goat.
A goat has no teeth in the upper front of its mouth, but it has eight teeth in the lower front. The size and condition of these eight teeth is the best gauge to determine the goat's age.
A goat is born with eight baby teeth in the lower front gum. All eight teeth are similarly small sized. When the goat approaches a year of age, give or take a few months, the two center front baby teeth are replaced by two permanent teeth. Therefore, a goat with only two permanent teeth is called a two-toother and is considered at least one year old.
The same procedure occurs again as the goat approaches two years of age. The next two baby teeth, one on each side of the two permanent teeth, are replaced by two more permanent teeth. This goat is called a four-toother and is two years of age. A goat who is between one year of age and two years old is called coming two's.
At three years of age, the third set of two teeth, one on each side of the permanent teeth, is replaced by permanent teeth, and this goat is now a six-toother. Soon it will be coming three's, age-wise. And the last two baby teeth become permanent teeth as the goat approaches four years of age, hence the animal is an eight-toother.
From age four onward, the process for determining the goat's age becomes less precise and an exact age is difficult to determine. As the goat grows older, the teeth begin to buck out and spread. By the time the goat is ten years old, the teeth are generally pretty worn . . . . depending upon what the goat has been fed or how tough its forage has been or whatever injuries the goat may have sustained to its mouth during its lifetime.
Summary:
One year old = two permanent teeth (two-toother)
Two years old = four permanent teeth (four-toother)
Three years old = six permanent teeth (six-toother)
Four years old = eight permanent teeth (eight-toother)
Older than four years of age is pretty much a guess.
By the way, don't assume that because a goat has no teeth in the upper front gum that there are no grinding teeth in the upper jaw. A goat has some ferocious grinding teeth in both upper and lower jaws. Stick your fingers in there and that goat will make mincemeat of them!

Monday, 23 March 2009

Penyakit Ternakan : Sakit mata

INFECTIOUS KERATOCONJUNCTIVITIS/PINK EYES
Agen penyebab
Moraxella boris (gram negatif)
Punca jangkitan
: Dari rengisan atau debu atau vektor: Biasa dalam keadaan kering

Tanda-tanda klinikal
: Conjuctivitis: Lacrimation (mata berair): Cornea opacity, bleharospasm: Luka susperficial dalam mata.: Kadar kematian (mortality) rendah tetapi morbidity (kejadian) sampai 50%.: Kalau sembuh, imminity terbentuk sampai 2 tahun.

Rawatan
: Antibiotik (spray atau eye cream) 1% oxytetracycline Sodium bromide eye oitment (0.5 - 1%) 10% larutan zinc sulphate penicillin, chlocompherical

Dermatophilosis
Jangkitan kulit ternakan yang disebabkan oleh bacteria

Dermatophilus Congolensis (Mysoti dermatitis)
- active
- actinous
- actinomycetc

Thursday, 19 March 2009

Kambing Simpang Kendong

Ni hero baru kandang. Di beli pada 2008 (1 tahun 3 bulan umo masa tu) di impot dari De' Kebun
Ni tatau la F berapa gred. Pak sedara tolak murah (1 jantan + 5 betina = RM5000). Yg seko ni jek survive. Baru jek dapat hasil (betina)
Ni suma kambing jantan. Yang paling ujong kaler kelabu tu pioneer kandang ni. Daripada depan 3 ekor tu suma anak dia.

Kambing ni di beli dari Brader Omar Air Merbau . Dua kali dah beranak. Di gambar ni dengan anak pertama (betina). Latest kembar. Kedua-dua jantan.


Sama jugak ni beli dari Brader Omar. Kelahiran pertama jantan. Bulan ni anak cukup setahun. Kelahiran kedua kembar (betina) tapi seko jek survive.
Ni pun pioneer gak nih. Jenis katjang. 3-4 kali dah beranak. Ni snap tengah bunting. Kelahiran yang baru ni betina.
Ni pun sama, snap masa bunting. Kelahiran yang baru2 ni pun betina.

Ni 2nd batch masa 2007. Anak yang latest dalam gambo ni dua jantan. Kembar ketiga yang dihasilkan oleh kambing nih kalau tak silap la. hehe. Anak 1st betina (BBQ), Kembar 1st sepasang (jantan mati),kembar kedua (jantan).


































Penyakit Ternakan : Kembong





Penyakit kembong belaku apabila didapati pembesaran rumen dan reticulum (perut di bahagian abdomen kiri). Penyakit kembong ini mengakibatkan kerugian melalui kematian kepada ternakan. Selain daripada itu ia boleh mengurangkan kadar pengeluaran serta membataskan penggunaan berbagai jenis rumput-rumput kepada ternakan.
Kejadian kembong perut biasanya bertambah dalam pengurusan yang menggunakan baja yang banyak pada pasture dan apabila ternakan makan daun-daun kayu seperti daun ubi dan nangka terlalu banyak.


Aetiology (sebab-sebab kembong)
Sebab utama kejadian kembong adalah apabila kadar gas yang dihasilkan melebihi kadar pengeluaran gas (eructation).Gangguan yang terjadi menyebabkan gas yang dihasilkan terkumpul di dalam rumen yang kemudiannya membesar.Kelebihan gas yang dihasilkan adalah kerana mikro organisma dalam rumen dan juga oleh gangguan secara tidak langsungterhadap pengeluaran gas.

a.Gangguan secara fizikal (Physical disturbance)
- sekatan kepada esophagus (esophageal obstruction)
- abscess, adhesion, radang perut (gastritis)
- terlebih 'froth' dalam rumen
- kedudukan abomasum yang salah (displace abomansum)
b.Gangguan secara 'biochemical'
- makan daun-daun kayu yang beracun
- terbanyak makan dedak/palm kernel cake (PKC)
- 'sensitize' kepada uba-ubat
- kerosakan kepada sistem saraf

c.Gangguan melalui penyakit 'entero toxemia' dan keracunan nitrate.
Jika diperhatikan dengan betul, kita dapati penyakit kembong boleh dibahagi kepada dua sebab utama. Pertama disebabkan pengeluaran gas yang berlebihan dari yang dikeluarkan dari tubuh ternakan. Ini disebabkan oleh faktor-faktor pemakanan dan juga terdapat banyak gas 'foam' di dalam rumen. Kedua, disebabkan oleh sekatan kepada pergerakan gas yang dihasilkan secara fizikal.

Faktor utama adalah
-masa dan keadaan ternakan
-jenis makanan
-keadaan tanah (kandungan zat)

Tanda-tanda klinikal
- pembesaran bahagian kiri abdomen (para lumbarfossa)
- ternakan menjadi resah - selalu duduk dan bangun
- kurang makan dan minum
- ternakan berada dalam kesakitan terutama di bahagian abdomen kiri.
- ternakan terbaring dalam kesakitan
- kematian
- kadar pernafasan bertambah dan ternakan menjadi sesak nafas (dyspnoea)

Rawatan
Asas utama dalam rawatan kembong adalah untuk mengetahui sebab ianya terjadi. Adakah disebabkan oleh penghasilan gas yang terlalu banyak atau terdapat sekatan kepada pengeluaran gas dari rumen.
Dalam penyekit kembong selain dari pengeluaran gas, ada juga terdapat buih (foam/frothy material) dan kedua-duanya perlu dikeluarkan untuk menjamin rawatan yang sesuai.

Untuk rawatan, anda perlu:-
- memasukkan tiub perut (stomach tube) melalui mulut untuk mengeluarkan gas yang terdapat dalam rumen.
- memberi ubat menahan kembong (anti bloat/anti foam agents) seperti Bloat guards yang diberi ke dalam rumen.
- memberi minyak kelapa (kelapa sawit/minyak masak) dengan tujuan memendakkan buih supaya memberi peluang kepada pengeluaran gas (100-500 ml)
- mengeluarkan gas dengan menggunakan ; trocar atau benda-benda tajam di sebelah kiri abdomen (bahagian atas).
- selain dari itu anda juga boleh menggunakan teknik pembedahan seperti 'rumenotomy' untuk mengeluarkan gas.


Pengawalan penyakit kembong
Bagi menjamin ternakan yang sehat sepanjang masa anda harus menjalankan beberapa kaedah pengurusan bagi mengawal penyakit kembong. Anda perlu memerhati agar dedak atau PKC yang diberikan kepada ternakan tidak terlalu halus.Kehalusan makanan seperti ini akan mempercepatkan pengeluaran gas serta menghasilkan buih yang banyak. Selaindari itu daun-daun kayu yang dimakan oleh ternakan juga perlu diberi perhatian. Jika terlalu banyak akan menyebabkan kembong kerana lebih gas dihasilkan.
Anda juga perlu memberi perhatian kepada pembajaan pastura yang terlalu banyak. Keadaan tanah yang sesuai dengan zat makanan yang cukup juga membantu dalam pengawalan penyakit kembong.
Selain dari faktor masa dan keadaan sekeliling yang terlalu memberi tekanan (stress) kepada ternakan juga boleh menyebabkan kembong terjadi. Anda seharusnya memberi pengubatan serta nasihat kepada penternak bagi mengawal penyakit kembong ini.








Penyakit Ternakan : Mastitis




Tanda-tanda klinikal

- Keadaan mastitis boleh dibahagikepada beberapa bahagian:

a. peracute mastitis
b. acute mastitis
c. Subacute mastitis
d. chonic mastitis
e. sub klinikal mastitis- dalam keadaan acute / subacute

biasanya tanda-tanda klinikal adalah setempat.

diambing susu (tetek)
- bengkak
- merah
- panas
- keras
- sakit bila disentuh
- fungsi terganggu (pengeluaran menurun)
- tanda-tanda keseluruhan
- demam (pyrexia)
- severe depression
- anorexia
- rebah dan terbaring
- kematian
- perubahan kepada susu
- bertukar warna - kuning/merah
- keadaan - pekat/merah - bau
- untuk subklinikal mastitis, tiada perubahan yang nyata kepada susu. Penyakit hanya boleh dikenal melalui - pemeriksaan serum (clinikal pathology)




Cara membuat diagnosa
- Pemeriksaan klinikal - tanda-tanda klinikal yang nyata (strip cup - Perubahan warna/keadaan/bau)
- Merasa dan meraba ambing susu
- Membuat california rapid mastitis test (CNRT /CMT RMT) untuk mengira sel leukocytes dalam susu.



Ujian-ujian yang boleh dilakukan dimakmal:
Susu
- bacteriology (culture untuk mengetahui agen penyebab.
- milk ring test

Serum
- cell count (inflamatory reaction)

Rawatan
- Rawatan mastitis bergantung kepada keadaan mastitis dan bilangan tetek yang terlibat.
- Jika hanya satu tetek (teat yang terlibat biasanya tiada perubahan pada suhu badan. Oleh kerana tiap-tiap satu tetek tidak berhubung antara satu dengan yang lain maka punca jangkitan utama adalah sentuhan dari pekerja/alatan yang digunakan untuk memerah serta kehadiran mikro oranisma

Untuk rawatan
- bersihkan kawasan terlibat menggunakan air suam bersama antiseptik. Tujuan air suam digunakan adalah untuk membantu dalam pengaliran darah yang boleh menambah pengeluaran susu. Antiseptik pula untuk membunuh atau menghalang pembiakan kuman di kawasan ambing susu.
- Perlu dikaitkan perubahan suhu badan untuk menentukan keadaan mastitis hanya setempat atau sistemik.
- perah susu ditetek yang terlibah/semua tetek sehingga habis.
- bersihkan semula menggunakan air suam bersama antiseptik tadi.- masukkan intra mammary infusion (antibiotik seperti orbenin LA, diproca, mamiject, mastalone dan lain-lain)
- rawatan diberi selama 3 - 5 hari bergantung kepada tindakbalas ternakan.
- rawatan secara sistemik diberi jika perlu dengan menggunakan antibiotik yang sesuai serta berkesan bersama infusion yang diberi.
- semasa rawatan susu mesti diperah setiap hari.
- selepas rawatan mesti juga diperah tetapi masih belum boleh diminum sebelum 6 - 7 hari kemudian.

Pengawalan

: Kebesihan pemerah/peralatan/ternakan sebelum dan selepas memerah
: Susu mesti diperah sampai habis tetapi tidak kuat atau lama sehingga merosakkan ambing susu.
: Rawatan lembu kering perlu diberi kepada lembu yang telah kering sebelum dilepaskan untuk pembiakan seterusnya.
: Kurangkan stress kepada ternakan.
: Asingkan ternakan yang terkena mastitis dan beri rawatansecara individu
: Mastitis merupakan suatu penyakit yang dihasilkan oleh cara pengurusan yang kurang baik serta kebersihan yang tidak dijaga dengan betul.