Tuesday 1 January 2008

Selamat Tahun Baru 2008 !!

Assalamualaikum WBT


Selamat menyambut tahun baru 2008..Sempena tahun baru ni mari la kita ramai² berusaha menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan dan mari mengenali kambing pedaging jenis Boer. Tengah hangat di pasaran penternak kat Malysian ni...

Ramai dikalangan kita memilih untuk dapatkan kambing boer yang paling berkualiti. Namun tidak semua mengenali generasi-generasi boer. Mari kita lihat beberapa tips untuk mengenali baka boer terbaik sebagai contoh ternakan kita.

Boer Full Blood (FB)

Ini adalah generasi kambing boer yang dibawa daripada Afrika Selatan. Badan tegap, kaki depan lebih panjang sedikit daripada kaki belakang. Ekor melentik. Warna kambing boer tulen keseluruhan kemerah-merahan atau hitam. FB juga terdapat dalam pelbagai warna dan struktur fizikal. agak sukar untuk menentukan Kambing boer yang asal (original boer). Oleh itu, nasihat saya pada penternak supaya mengenalpasti boer FB berdasarkan sijil kelahirannya (born certificate).

Bukan hanya sijil kelahiran boer yang menjadi pengesahan dan bukti ketulenan boer. Tetapi ilmu juga penting supaya kita tidak tertipu. Jadi berhati-hati dalam memilih boer yang berkualiti.


Feral

Kambing liar Australia. Petani di sana menangkapnya disekitar hutan dan menjualnya ke seluruh dunia terutamanya Malaysia. Di Indonesia mereka juga memanggil kambing ini sebagai Kambing Kachang kerana ia telah lama dibawa masuk ke Indonesia dan berbercampur-gaul dengan kambing tempatan. Namun kambing ini di Indonesia tidak berbulu lebat ini membezakanNya dengan Feral Australia.


Boer F1

Boer FB jantan yang di kacukkan dengan kambing feral betina yang berwarna putih. Menghasilkan boer F1berwarna putih keseluruhan dan bentuk badan masih bercirikan feral.


Boer F2


Boer FB dikacukkan denga boer F1 menghasilkan boer F2. Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat tetapi agak kabur warnanya. Bentuk badannya juga masih kurang ciri-ciri boer yang berkualiti.


Boer F3

Boer F3 adalah kacukan antara boer FB dengan boer F2. Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat kemerah-merahan. Bentuk badan menyerupai kambing boer FB. Kualitinya sangat baik dan banyak dibawa masuk ke Malaysia.

Boer F4

Begitu juga boer F4. Ia juga merupakan kacukan antara boer FB dengan F3. Kepalanya berwarna coklat lebih gelap berbanding boer F3. Keseluruhan kepalanya coklat kemerah-merahan dan kehitam-hitaman. Bentuk badan menyerupai kambing boer FB juga.

Boer Purebred (F5 - F7)


Kacukan ini memperlihatkan pengaruh gen boer yang kuat. Secara keseluruhannya, kelihatan boer purebreed hampir sama dengan boer FB. Cuma terdapat tompok-tompok putih atau tompok-tompok coklat di badannya. Warna coklat kemerah-merahan bukan hanya terdapat di kepala tetapi turut terdapat di badan. Boer generasi ini juga sangat berkualiti untuk dijadikan baka (pejantan).





















































































































































1 comment:

heru said...

Jual bibit (cempe) Kambing Boer Super bobot bisa mencapai 100 kg, Peranakan Etawa (PE) Ras Gunung Kawi, Jawa Randu, Domba Merino dan Ekor Gemuk untuk diternak kembali atau untuk usaha bisnis penggemukan. Kami juga jual Kambing & Domba siap potong untuk Qurban & Aqiqah. Hub. Bpk Heru Ketua Pusat Budidaya Kambing & Domba Bejo Utomo - Malang - Jawa Timur. Hp/Wa +6281334272800 website kami di www.malangkambingdombasuper.blogspot.com