Sunday, 22 November 2009

Jenjalan

Salam & selamat sejahtera..

Hari yang menseronokkan tengok kambing orang..22 november 2009, ahad bertolak dari kediaman saya menuju ke Jenderam, Dengkil..Tanpa arah tujuan yang spesifik, kami dicadangkan ke kawasan ini oleh isteri saya..Beliau menggunakan route ni untuk pegi keje..

Pit stop pertama, masuk simpang salah dan bertanya pada org yg salah..( berdasarkan pemerhatian mata kasar ada kandang kambing kat situ)

Aku : Kambing tada ka aci..?
Aci : Tada la, sana bawah la ada..sini tada la..
Aku : Tuh ada kandang tuh..
Aci : Tada la adik..sana bawah la (sambil jegil mata)
Aku : Okeh okeh salah rumah la

Ini baru pit stop nomor satu..nama nye ramesh..kandang nye betol betol sebelah ghumah..kambing nye pun ok la..sihat,cergas,gebu..tapi dah tak banyak yang ada..suma dah kena sapu..

Nest stop, kandang tepi jalan..dari jauh nampak macam best..tapi bila masuk jek..terkedu..kambing yang ada macam tak terjaga..kesian beb..ada yang sakit mata hingga hampir buta..kurap lagik..huhu menakutkan..blah blah kang menjangkit..

3rd stop..atas bukit sebelah kilang..sayup mata memandang..cam naik sekolah aku dedulu..kandang nye besau..ada 2 bijik..puluh-puluh kali ratus-ratus la agaknye keluasan kandang nye..kambing nye cantik-cantik..sesuai untuk buat baka..baka boer..menurut kata penjaga nye la..seorang bangla..keseluruhan besar nya tapak projek ni..54 ekar...toke nya somebody..huhu

Seterusnya ke ladang haji ihsan..bila sampai depan pagar..takde orang..pagar nya berkunci..hon punya hon..keluar 2org manusia naik motor dai kejauhan..depa tgh bagi lembu haji ihsan mamam..haji tak buat breeding...dia cuma trade kambing..hmmm lembu menarik tuh..

Lepas tuh ke seven farm plak..perjalanan ke ladang ni nyaman jek rasa..letak le agak ke dalam...di kelilingi pepohon ijau..baru lepas ujan plak tuh..syahdu beb..kambing brader nih pun cun-cun..banyak boer..jamnapari pun ada gak..

Keluar dari utan ujan tropika, meneruskan perjalanan konon nya nak ke bukit pelanduk, ternampak kandang dari tepi jalan..tapi tak naik pun kandang..keadaan persekitaran yang agak 'bersih'..huhu

Apa yang saya nak kongsi kat sini bukan nya apa pun..cuma keadaan di Jenderam nih meriah la dengan penternak kambing..jarak antara satu kandang/ladang dengan yang lain agak hampir la..6 kandang dalam jarak kurang dari 15 km..yang membezakan mereka cuma harga dan baka..sambutan untuk untuk daging kambing boleh di katakan hangat..rata-rata semua kandang clear..( kecuali kandang kedua yang dilawati)..apa lagi mari memerah buah fikiran camna aku nak bagi kambing kat kandang kendong nih berdaya saing macam depa tuhh..GAMBATE !!!!

Wednesday, 18 November 2009

POSTPONED LAGIK !!!


TEMPAHAN KAMI WALAUPUN TAK BANYAK POSTPONED LAGI..DARI 10HB NOV KEPADA 20HB NOV..MALAM TADI KONTEK PEMBEKAL,, POSTPONED PULAK KE HARI SELASA 24HB..HUHU SABAU JEK LA..BANYAK TOL DUGAAN NYE

Monday, 16 November 2009

Lembu Gila/Sakit/Lapar/Amuk?

Assalamualaikum & Salam sejahtera..nak kongsi sedikit info dari apa yang di baca dari akhbar The Star 17 November
VET OFFICERS PUZZLED BY BITING COW
EXPERT : IT USUALLY ONLY GORES TARGET

KUALA TERENGGANU : The incident of a cow biting an odd-job labourer has baffled the Terengganu Veterinary Department officera who described it as a rare phenomenon.
So bewildered are that they are eager to examine the cause of such behaviour in a domesticated animal. Department Director Dr Azizol Mohd Sharun said such ferocious behaviour does not happen even if the cow was inflicted with the mad cow or anaplasmosis diseases.
" We are talking about a herbivorous species here; its totally unlikely for an infuriating cow or bull go to the extent of biting. Usually it would only gore its target. From our (veterinarian) point of view, this could probably be the first case in the world. We are interested to explore what caused the animal to behave in such manner," he said here yesterday.
Dr Azizol said he will send a team of veterinarians to Kampung Chalok Rahmat in Setiu by today to sedate the cow and conduct a laboratory test to examine what provoked the animal to bite a person. " We want to see whether there is a new type of animal disease that has developed. This is something we are keen in researching," he added. On Saturday, odd-job labourer Jaafar Basok,56, was attacked by a cow when he was clearing an oil-palm plantation.

ANAPLASMOSIS

A disease caused by a rickettsial parasite of ruminants, Anaplasma spp. The organism occurs in the white blood cells and is transmitted by natural means through by a number of haematophagous species of ticks. It can also be transmitted iatrogenically by the use of surgical, dehorning, castration, and tattoo instruments and hypodermic needles that are not disinfected between uses.
Although the term is often associated with animal infection, it is also used to describe infection in humans

Sunday, 8 November 2009

Binatang Aqiqah Serta Syarat-Syaratnya

Binatang yang sah disembelih untuk aqiqah itu sama seperti binatang-binatang yang sah dibuat korban. Untuk lebih jelas lagi disebutkan syarat-syarat binatang yang sah untuk dibuat aqiqah itu ialah:

Binatang aqiqah itu hendaklah binatang ternakan (na‘am) seperti unta atau yang sejenisnya, lembu atau yang sejenisnya seperti kerbau dan kambing atau yang sejenisnya seperti biri-biri dan kibasy. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: "Dan bagi tiap-tiap umat telah kami syari‘atkan ibadat menyembelih korban supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka daripada binatang-binatang ternak yang disembelih itu".

(Surah al-Hajj: 34)

Seekor unta, lembu atau kerbau itu boleh dikongsi oleh tujuh orang sama ada daripada keluarga yang sama atau yang lain walaupun tidak semuanya bermaksud aqiqah, misalnya ada di antaranya bermaksud aqiqah dan yang lainnya kerana mahukan dagingnya sahaja ataupun daging korban. Ini dijelaskan dalam sebuah hadis:

Maksudnya: "Kami keluar bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam (dari Madinah) mengucapkan tahlil (Lailahaillallah), dengan berniat untuk mengerjakan haji, maka Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam menyuruh kami berkongsi pada unta dan lembu, setiap tujuh orang daripada kami bagi seekor badanah".

(Hadis riwayat Muslim)

Seekor kambing pula hanya untuk seorang sahaja tidak boleh dikongsikan. Jika dikongsikan seekor kambing itu untuk dua orang atau lebih, maka tidak sah aqiqah tersebut.

Afdhalnya binatang yang dibuat aqiqah itu yang berwarna putih, kemudian yang berwarna kuning, kemudian yang putih tetapi yang tiada bersih putihnya, kemudian yang sebahagian badannya berwarna putih, kemudian yang sebahagian berwarna hitam, kemudian berwarna hitam semuanya, kemudian yang berwarna merah semuanya.

Binatang aqiqah itu hendaklah cukup umur, sebagaimana disyaratkan di dalam korban. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: "Jangan kamu menyembelih korban melainkan yang telah musinnah kecuali jika kamu sukar mendapatkannya, maka sembelihlah anak daripada biri-biri."

(Hadis riwayat Muslim)

Adapun musinnah itu ialah ats-tsaniy (yang gugur gigi hadapannya) daripada binatang ternakan unta, lembu dan kambing. Maka ukuran umur bagi binatang aqiqah itu ialah:

a.Unta yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya lima tahun dan masuk tahun keenam.

b.Lembu dan kambing yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya dua tahun dan masuk tahun ketiga.

c. Manakala kambing biri-biri dan kibasy memadai yang berumur cukup satu tahun atau yang gugur gigi hadapannya walaupun belum cukup umurnya satu tahun dengan syarat telah melimpasi umurnya enam bulan. (Al-Majmu‘ 8/286-287 dan I‘anah ath-Thalibin 2/518)

3. Binatang aqiqah itu hendaklah sihat (tidak berpenyakit) dan selamat daripada kecacatan atau aib yang boleh mengurangkan daging atau lemaknya atau anggota lain yang boleh dimakan. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: "Empat perkara yang tidak boleh ada pada binatang korban itu, lalu Baginda bersabda: "Buta yang nyata butanya, sakit yang nyata penyakitnya, tempang yang nyata tempangnya dan yang kurus dan lemah."

(Hadis riwayat Abu Daud)

Daripada hadis di atas dapat difahami bahawa binatang yang tidak sah dijadikan aqiqah itu ialah:

i. Binatang yang buta atau rosak matanya atau yang tidak dapat melihat sekalipun biji matanya masih ada. Jika matanya itu ada sedikit kecacatan seperti sedikit rabun tetapi ia masih boleh melihat, maka ia sah dibuat aqiqah.

ii. Binatang yang jelas tempang kakinya yang mana jika ia berjalan bersama-sama sekumpulan kawan-kawan binatang yang lain di padang untuk mencari makan, ia tidak boleh ikut berjalan bersama dengan binatang-binatang itu, bahkan ia tertinggal jauh di belakang. Jika tempangnya itu sedikit iaitu tempang yang tidak menghalang daripada mengikuti kawan-kawannya, maka ia sah dibuat aqiqah.

iii.Binatang yang nyata sakitnya sehingga menjadikan binatang tersebut kurus dan kurang dagingnya. Tetapi jika sakitnya itu sedikit dan tidak mengurangi dagingnya maka ia sah dibuat aqiqah.

iv.Binatang yang kurus sama ada kerana sakit, gila atau kurang makan dan sebagainya.

v. Binatang yang telinganya terpotong walaupun sedikit atau yang tidak bertelinga sejak dilahirkan kerana telah hilang sebahagian anggota yang boleh dimakan dan mengurangkan dagingnya. Tetapi tidak mengapa jika telinganya koyak atau berlubang dengan syarat tidak gugur daripada dagingnya, walaupun sedikit.

vi.Binatang yang terpotong ekornya walaupun sedikit atau terpotong sebahagian lidahnya atau yang terpotong suatu yang nyata daripada pahanya. Adapun yang dilahirkan tanpa berekor sejak dilahirkannya adalah sah dibuat aqiqah.

vii. Binatang yang gugur semua giginya sehingga menghalangnya makan rumput. Adapun yang tanggal sebahagian giginya dan tidak menghalangnya makan rumput dan tidak mengurangkan dagingnya (tidak kurus) ia boleh dibuat aqiqah.

viii.Binatang yang berpenyakit gila atau yang kena penyakit kurap sekalipun sedikit.

ix.Binatang yang bunting kerana bunting itu mengurangkan dagingnya. (Al-Majmu‘ 8/293-2966 dan Mughni al-Muhtaj 4/520) Bagi binatang yang baharu beranak boleh dibuat korban berdasarkan pendapat Ibnu Hajar dalam Tuhfah dan Ar-Ramli dalam Nihayah, manakala mengikut pendapat Khatib Syarbini dalam Mughni bahawa binatang tersebut tidak memadai dibuatkan korban. (Sabilul Muhtadin 2/213)


http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2002/ic14_2002.htm

Wednesday, 4 November 2009

Tawaran Akikah dan Qurban

Salam sejahtera kepada semua

Buat kali pertama pada tahun ini, kami di Kg Simpang Kendong Alor Gajah akan menawarkan kambing untuk acara korban dan akikah. Harga yang di tawarkan adalah amat menarik. Memandangkan ini adalah kali pertama kami melakukanya, maka tawaran harga adalah amat rendah. Sekiranya berminat sila kontek 019 617 5787 Haji Abu Bakar

Monday, 12 October 2009

Kambing oh Kambing

Salam kepada pengikut laman blog ini..takde apa yg istimewa cuma nak load gambau jek..peristiwa ini berlaku pada 12 Oktober 2009 kurang lebih jam 1630 LT..Saja gatal tangan amik gambau kambing..ada update skit..sesiapa berminat nak mendapatkan kambing, kami ada beberapa eko nak jual..kalau berminat,sambau le..kami nak carik anak dara ettawah/jamnapari..berdasarkan kepada experimen yg dah ada kat kandang tu,memang dogheh kambing ni punya tempoh untuk kembali bersedia untuk mengawan..
Jadi, kalau sedara sedara ada info tentang sapa yang nak tolak kambing dara ettawah ni, sila la drop msg cbox tu ye..kalau harga cantik,kena pada budget..Insya Allah boleh la kita berurus niaga..
Sehingga di lain masa..babai


Nih 2 eko yg posing depan pintu kembar..tapi satu bantut..dilahirkan pada 06 June 2009




FOR SALE !!!

1 EKOR JANTAN KACUK KAMPUNG (3 TAHUN)
RM 1500 SAHAJA
TELAH TERBUKTI KEJANTANANNYA !!!!


5 EKOR KAMBING KAMPUNG DARA
RM 1500 SAHAJA

DAN
1 EKOR KAMBING JANDA
+ ANAKNYA

HARGA YANG DI CANANG DI SINI UNTUK SEMUA SKALIK
1 JANTAN + 5 DARA + 1 JANDA

RM 3500 SAHAJA

HARGA NEGOTIABLE

SILA KONTEK CEO TUAN HAJI ABU BAKAR MAJID DI TALIAN
019 617 5787

Friday, 2 October 2009

Akikah Syawal

Salam pada semua,

Pada hari Sabtu 26 September 2009 bersamaan dgn 7 Syawal 1430 H, telah berlangsung ibadah akikah untuk anak sulung saya iaitu Muhammad Adam Haris. 2 ekor kambing yang hensem telah terpilih untuk akikah tersebut. Kedua kambing tersebut di breed secara total dari kandang kami. Hasilnya, dgn kepakaran beberapa org yang ahli baik dari segi penyembelihan, pelapahan, masakan, umang ai sodap eh jadi kari kambing tuh. Daging eh superb, takde bau, lembut. Memang sodap la. Jadi kalau ada di antara saudara/saudari yang berminat dengan kambing dari kandang kami, sila lah kontek kami tanpa rasa bimbang dan ragu. Insya ALLAH permintaan tuan akan cuba di laksana sebaik mungkin.

+6019 - 617 5787 CEO Tuan Haji Abu Bakar

gambar telah di upload







no 1



ni tunggu turn



satu dah setel



lapah time

Sunday, 20 September 2009

Salam Aidilfitri 1430Hijrah


Salam pada semua yang masih mengikuti blog ini. Sempena bulan Syawal yang mulia ini saya menyusun 10 jari memohon ampun maaf sekiranya ada salah dan silap kiranya penulisan saya secara langsung atau tidak langsung menyebabkan pembaca merasa kurang senang. Insya Allah, jika di beri kesempatan atas umur ini, blog ini akan di aktifkan semula dari masa ke semasa.


SELAMAT AIDILFITRI


Tuesday, 30 June 2009

Kambing Kami Mati

Gambar di snap semasa kambing nih maseh sehat

Di asingkan dari kandang. Kurus gila.
A week after that. RIP 30 May 2009
Adik saya jadik doktor ayam. Perut kambing tadi

Bahagian peparu

Bahagian jantung

Blood Clot..??
Sesapa yang expert kambeng, bisa beri pendapat.????






Monday, 29 June 2009

Penyakit Ternakan Kambing : Puru






Penyakit puru juga dikenali sebagai CONTAGIOUS ECTHYMA. Penyakit ini disebabkan oleh virus. Ianya amat mudah menyerang pada anak kambing. Apabila anak ini dijangkiti penyakit ini, ianya akan menjadi kurus dan lemah. Kadang-kala akan menyebabkan ternakan mengalami kesukaran untuk makan.




Rawatan




1. Bersih & ubat luka kesan daripada gelembung pecah dengan iodin / gentian violet / krim akriflavin

2. Sapu Krim Mepyramine pada gelembung


Kawalan


Asing yang berpenyakit, jauhkan jangkitan daripada gelembung yang pecah











Gambar di bawah antara contoh ubat untuk penyakit puru




Tetravet






Tetravet

Sunday, 19 April 2009

Ibadah Akikah

HIKMAH AKIKAH
Akikah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:
-Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
-Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
-Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
-Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
-Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.

PENGERTIAN AKIKAH
Pengertian akikah ialah sembelihan binatang an'am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.
Hukum akikah ialah sunat muakad bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

PERBEZAAN ANTARA KORBAN DAN AKIKAH
Terdapat beberapa perbezaan antara korban dengan akikah:
Akikah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan korban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya Aidiladha hingga 13 Zulhijah.
aging akikah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging korban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.Akikah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala korban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Ismail.
Daging korban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging akikah sunat disedekahkan setelah dimasak.Waktu akikah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdal untuk melakukan akikah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak itu. Sabda Rasullullah s.a.w.: Yang bermaksud: "Setiap bayi itu tergadai dengan akikahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."

Syarat-syarat akikah:
Berniat akikah ketika menyembelih.Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur.


CARA MELAKUKAN AKIKAH
Berdoa semasa hendak menyembelih: Yang bermaksud: "Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini akikah …" (menyebut nama anak).
-Menyembelih ketika matahari sedang naik.
-Daging akikah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.
-Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang akikah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.
-Menyedekahkan daging akikah kepada fakir miskin.
-Memasak daging akikah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.
Perkara-perkara yang perlu dilakukan ketika menyambut kelahiran anak:
-Membaca azan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir.
-Membaca qamat di telinga sebelah kirinya.
-Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas.
-Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau pisang.
-Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya.
-Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya.
-Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih akikah untuknya.
-Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu atau wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut.
-Menyedekahkan daging akikah kepada fakir miskin


Saturday, 28 March 2009

Umur Kambing Berdasarkan Pada Gigi






Determining the age of a goat is easy to do for the first few years of its life. The procedure is called toothing a goat.
A goat has no teeth in the upper front of its mouth, but it has eight teeth in the lower front. The size and condition of these eight teeth is the best gauge to determine the goat's age.
A goat is born with eight baby teeth in the lower front gum. All eight teeth are similarly small sized. When the goat approaches a year of age, give or take a few months, the two center front baby teeth are replaced by two permanent teeth. Therefore, a goat with only two permanent teeth is called a two-toother and is considered at least one year old.
The same procedure occurs again as the goat approaches two years of age. The next two baby teeth, one on each side of the two permanent teeth, are replaced by two more permanent teeth. This goat is called a four-toother and is two years of age. A goat who is between one year of age and two years old is called coming two's.
At three years of age, the third set of two teeth, one on each side of the permanent teeth, is replaced by permanent teeth, and this goat is now a six-toother. Soon it will be coming three's, age-wise. And the last two baby teeth become permanent teeth as the goat approaches four years of age, hence the animal is an eight-toother.
From age four onward, the process for determining the goat's age becomes less precise and an exact age is difficult to determine. As the goat grows older, the teeth begin to buck out and spread. By the time the goat is ten years old, the teeth are generally pretty worn . . . . depending upon what the goat has been fed or how tough its forage has been or whatever injuries the goat may have sustained to its mouth during its lifetime.
Summary:
One year old = two permanent teeth (two-toother)
Two years old = four permanent teeth (four-toother)
Three years old = six permanent teeth (six-toother)
Four years old = eight permanent teeth (eight-toother)
Older than four years of age is pretty much a guess.
By the way, don't assume that because a goat has no teeth in the upper front gum that there are no grinding teeth in the upper jaw. A goat has some ferocious grinding teeth in both upper and lower jaws. Stick your fingers in there and that goat will make mincemeat of them!

Monday, 23 March 2009

Penyakit Ternakan : Sakit mata

INFECTIOUS KERATOCONJUNCTIVITIS/PINK EYES
Agen penyebab
Moraxella boris (gram negatif)
Punca jangkitan
: Dari rengisan atau debu atau vektor: Biasa dalam keadaan kering

Tanda-tanda klinikal
: Conjuctivitis: Lacrimation (mata berair): Cornea opacity, bleharospasm: Luka susperficial dalam mata.: Kadar kematian (mortality) rendah tetapi morbidity (kejadian) sampai 50%.: Kalau sembuh, imminity terbentuk sampai 2 tahun.

Rawatan
: Antibiotik (spray atau eye cream) 1% oxytetracycline Sodium bromide eye oitment (0.5 - 1%) 10% larutan zinc sulphate penicillin, chlocompherical

Dermatophilosis
Jangkitan kulit ternakan yang disebabkan oleh bacteria

Dermatophilus Congolensis (Mysoti dermatitis)
- active
- actinous
- actinomycetc

Thursday, 19 March 2009

Kambing Simpang Kendong

Ni hero baru kandang. Di beli pada 2008 (1 tahun 3 bulan umo masa tu) di impot dari De' Kebun
Ni tatau la F berapa gred. Pak sedara tolak murah (1 jantan + 5 betina = RM5000). Yg seko ni jek survive. Baru jek dapat hasil (betina)
Ni suma kambing jantan. Yang paling ujong kaler kelabu tu pioneer kandang ni. Daripada depan 3 ekor tu suma anak dia.

Kambing ni di beli dari Brader Omar Air Merbau . Dua kali dah beranak. Di gambar ni dengan anak pertama (betina). Latest kembar. Kedua-dua jantan.


Sama jugak ni beli dari Brader Omar. Kelahiran pertama jantan. Bulan ni anak cukup setahun. Kelahiran kedua kembar (betina) tapi seko jek survive.
Ni pun pioneer gak nih. Jenis katjang. 3-4 kali dah beranak. Ni snap tengah bunting. Kelahiran yang baru ni betina.
Ni pun sama, snap masa bunting. Kelahiran yang baru2 ni pun betina.

Ni 2nd batch masa 2007. Anak yang latest dalam gambo ni dua jantan. Kembar ketiga yang dihasilkan oleh kambing nih kalau tak silap la. hehe. Anak 1st betina (BBQ), Kembar 1st sepasang (jantan mati),kembar kedua (jantan).


































Penyakit Ternakan : Kembong





Penyakit kembong belaku apabila didapati pembesaran rumen dan reticulum (perut di bahagian abdomen kiri). Penyakit kembong ini mengakibatkan kerugian melalui kematian kepada ternakan. Selain daripada itu ia boleh mengurangkan kadar pengeluaran serta membataskan penggunaan berbagai jenis rumput-rumput kepada ternakan.
Kejadian kembong perut biasanya bertambah dalam pengurusan yang menggunakan baja yang banyak pada pasture dan apabila ternakan makan daun-daun kayu seperti daun ubi dan nangka terlalu banyak.


Aetiology (sebab-sebab kembong)
Sebab utama kejadian kembong adalah apabila kadar gas yang dihasilkan melebihi kadar pengeluaran gas (eructation).Gangguan yang terjadi menyebabkan gas yang dihasilkan terkumpul di dalam rumen yang kemudiannya membesar.Kelebihan gas yang dihasilkan adalah kerana mikro organisma dalam rumen dan juga oleh gangguan secara tidak langsungterhadap pengeluaran gas.

a.Gangguan secara fizikal (Physical disturbance)
- sekatan kepada esophagus (esophageal obstruction)
- abscess, adhesion, radang perut (gastritis)
- terlebih 'froth' dalam rumen
- kedudukan abomasum yang salah (displace abomansum)
b.Gangguan secara 'biochemical'
- makan daun-daun kayu yang beracun
- terbanyak makan dedak/palm kernel cake (PKC)
- 'sensitize' kepada uba-ubat
- kerosakan kepada sistem saraf

c.Gangguan melalui penyakit 'entero toxemia' dan keracunan nitrate.
Jika diperhatikan dengan betul, kita dapati penyakit kembong boleh dibahagi kepada dua sebab utama. Pertama disebabkan pengeluaran gas yang berlebihan dari yang dikeluarkan dari tubuh ternakan. Ini disebabkan oleh faktor-faktor pemakanan dan juga terdapat banyak gas 'foam' di dalam rumen. Kedua, disebabkan oleh sekatan kepada pergerakan gas yang dihasilkan secara fizikal.

Faktor utama adalah
-masa dan keadaan ternakan
-jenis makanan
-keadaan tanah (kandungan zat)

Tanda-tanda klinikal
- pembesaran bahagian kiri abdomen (para lumbarfossa)
- ternakan menjadi resah - selalu duduk dan bangun
- kurang makan dan minum
- ternakan berada dalam kesakitan terutama di bahagian abdomen kiri.
- ternakan terbaring dalam kesakitan
- kematian
- kadar pernafasan bertambah dan ternakan menjadi sesak nafas (dyspnoea)

Rawatan
Asas utama dalam rawatan kembong adalah untuk mengetahui sebab ianya terjadi. Adakah disebabkan oleh penghasilan gas yang terlalu banyak atau terdapat sekatan kepada pengeluaran gas dari rumen.
Dalam penyekit kembong selain dari pengeluaran gas, ada juga terdapat buih (foam/frothy material) dan kedua-duanya perlu dikeluarkan untuk menjamin rawatan yang sesuai.

Untuk rawatan, anda perlu:-
- memasukkan tiub perut (stomach tube) melalui mulut untuk mengeluarkan gas yang terdapat dalam rumen.
- memberi ubat menahan kembong (anti bloat/anti foam agents) seperti Bloat guards yang diberi ke dalam rumen.
- memberi minyak kelapa (kelapa sawit/minyak masak) dengan tujuan memendakkan buih supaya memberi peluang kepada pengeluaran gas (100-500 ml)
- mengeluarkan gas dengan menggunakan ; trocar atau benda-benda tajam di sebelah kiri abdomen (bahagian atas).
- selain dari itu anda juga boleh menggunakan teknik pembedahan seperti 'rumenotomy' untuk mengeluarkan gas.


Pengawalan penyakit kembong
Bagi menjamin ternakan yang sehat sepanjang masa anda harus menjalankan beberapa kaedah pengurusan bagi mengawal penyakit kembong. Anda perlu memerhati agar dedak atau PKC yang diberikan kepada ternakan tidak terlalu halus.Kehalusan makanan seperti ini akan mempercepatkan pengeluaran gas serta menghasilkan buih yang banyak. Selaindari itu daun-daun kayu yang dimakan oleh ternakan juga perlu diberi perhatian. Jika terlalu banyak akan menyebabkan kembong kerana lebih gas dihasilkan.
Anda juga perlu memberi perhatian kepada pembajaan pastura yang terlalu banyak. Keadaan tanah yang sesuai dengan zat makanan yang cukup juga membantu dalam pengawalan penyakit kembong.
Selain dari faktor masa dan keadaan sekeliling yang terlalu memberi tekanan (stress) kepada ternakan juga boleh menyebabkan kembong terjadi. Anda seharusnya memberi pengubatan serta nasihat kepada penternak bagi mengawal penyakit kembong ini.








Penyakit Ternakan : Mastitis




Tanda-tanda klinikal

- Keadaan mastitis boleh dibahagikepada beberapa bahagian:

a. peracute mastitis
b. acute mastitis
c. Subacute mastitis
d. chonic mastitis
e. sub klinikal mastitis- dalam keadaan acute / subacute

biasanya tanda-tanda klinikal adalah setempat.

diambing susu (tetek)
- bengkak
- merah
- panas
- keras
- sakit bila disentuh
- fungsi terganggu (pengeluaran menurun)
- tanda-tanda keseluruhan
- demam (pyrexia)
- severe depression
- anorexia
- rebah dan terbaring
- kematian
- perubahan kepada susu
- bertukar warna - kuning/merah
- keadaan - pekat/merah - bau
- untuk subklinikal mastitis, tiada perubahan yang nyata kepada susu. Penyakit hanya boleh dikenal melalui - pemeriksaan serum (clinikal pathology)




Cara membuat diagnosa
- Pemeriksaan klinikal - tanda-tanda klinikal yang nyata (strip cup - Perubahan warna/keadaan/bau)
- Merasa dan meraba ambing susu
- Membuat california rapid mastitis test (CNRT /CMT RMT) untuk mengira sel leukocytes dalam susu.



Ujian-ujian yang boleh dilakukan dimakmal:
Susu
- bacteriology (culture untuk mengetahui agen penyebab.
- milk ring test

Serum
- cell count (inflamatory reaction)

Rawatan
- Rawatan mastitis bergantung kepada keadaan mastitis dan bilangan tetek yang terlibat.
- Jika hanya satu tetek (teat yang terlibat biasanya tiada perubahan pada suhu badan. Oleh kerana tiap-tiap satu tetek tidak berhubung antara satu dengan yang lain maka punca jangkitan utama adalah sentuhan dari pekerja/alatan yang digunakan untuk memerah serta kehadiran mikro oranisma

Untuk rawatan
- bersihkan kawasan terlibat menggunakan air suam bersama antiseptik. Tujuan air suam digunakan adalah untuk membantu dalam pengaliran darah yang boleh menambah pengeluaran susu. Antiseptik pula untuk membunuh atau menghalang pembiakan kuman di kawasan ambing susu.
- Perlu dikaitkan perubahan suhu badan untuk menentukan keadaan mastitis hanya setempat atau sistemik.
- perah susu ditetek yang terlibah/semua tetek sehingga habis.
- bersihkan semula menggunakan air suam bersama antiseptik tadi.- masukkan intra mammary infusion (antibiotik seperti orbenin LA, diproca, mamiject, mastalone dan lain-lain)
- rawatan diberi selama 3 - 5 hari bergantung kepada tindakbalas ternakan.
- rawatan secara sistemik diberi jika perlu dengan menggunakan antibiotik yang sesuai serta berkesan bersama infusion yang diberi.
- semasa rawatan susu mesti diperah setiap hari.
- selepas rawatan mesti juga diperah tetapi masih belum boleh diminum sebelum 6 - 7 hari kemudian.

Pengawalan

: Kebesihan pemerah/peralatan/ternakan sebelum dan selepas memerah
: Susu mesti diperah sampai habis tetapi tidak kuat atau lama sehingga merosakkan ambing susu.
: Rawatan lembu kering perlu diberi kepada lembu yang telah kering sebelum dilepaskan untuk pembiakan seterusnya.
: Kurangkan stress kepada ternakan.
: Asingkan ternakan yang terkena mastitis dan beri rawatansecara individu
: Mastitis merupakan suatu penyakit yang dihasilkan oleh cara pengurusan yang kurang baik serta kebersihan yang tidak dijaga dengan betul.





Tuesday, 24 February 2009

FORAGE

Forage


( http://en.wikipedia.org/wiki/Forage )
From Wikipedia, the free encyclopedia



Forage is plant material (mainly plant leaves and stems) eaten by grazing livestock.[1] Historically the term forage has meant only plants eaten by the animals directly as pasture, crop residue, or immature cereal crops, but it is also used more loosely to include similar plants cut for fodder and carried to the animals, especially as hay or silage.[2]






Common forages

Grasses
Brachiaria decumbens
Brachiara humidicola
Bothriochloa pertusa
Bothrioochloa bladhii
Heteropogon contortus
Themeda triandra
Panicum maximum
Cenchrus ciliaris
Melinis minutiflora
Setaria sphacelata
Chloris guyana
Cynodon dactylon
Paspalum dilatatum
Hyparrhenia rufa
Echinochloa pyrmaidalis
Leersia hexandra
Hymenachne amplexicaulis
Entolasia imbricata
Intermediate wheatgrass (Thinopyrum intermedium)
Bluegrasses or meadow-grasses (Poa species)
Kentucky bluegrass or smooth meadow-grass (Poa pratensis)
Rough meadow-grass (Poa trivialis)
Texas bluegrass (Poa arachnifera)
Bromegrass or brome (Bromus species)
False oat-grass (Arrhenatherum elatius)
Fescues (Festuca species):
Red fescue (Festuca rubra)
Meadow fescue (Festuca pratensis)
Tall fescue (Festuca arundinacea)
Orchard grass or cock's-foot (Dactylis glomerata)
Reed canary-grass (Phalaris arundinacea)
Ryegrasses (Lolium species):
Annual or Italian ryegrass (Lolium multiflorum)
Perennial ryegrass (Lolium perenne)
Timothy-grass or timothy (Phleum pratense)



Herbaceous Legumes
Stylosanthes sacbea
Stylosanthes humilis
Chamaecrista rotundifolia
Macroptilium atropurpeum
Macroptilium bracteatum
Medicago truncatula
Glycine wightii
Clitoria ternatea
Arachis pintoi
Vigna parkeri
Alfalfa or lucerne (Medicago sativa)
Bird's-foot trefoil (Lotus corniculatus)
Clovers (Trifolium species):
Alsike clover (Trifolium hybridum)
Crimson clover (Trifolium incarnatum)
Red clover (Trifolium pratense)
White clover (Trifolium repens)
Sainfoin (Onobrychis viciifolia)
Sweetclover or melilot (Melilotus species)
Vetches (Vicia species)
Common vetch or tare (Vicia sativa)
Hairy vetch (Vicia villosa)
Bitter vetch (Vicia ervilia)
Vicia articulata Hornem
Vicia narbonensis

Tree Legumes
Leucaena leucocephala
Albizia lebbeck
Acacia aneura

Silage
Corn (maize)
Alfalfa
Grass-legume mix
Sorghums
Oats


Crop residue
Sorghum
Corn (maize) stover
Soybean stover


Foraging
( http://en.wikipedia.org/wiki/Foraging )
From Wikipedia, the free encyclopedia

Foraging theory is a branch of behavioral ecology that studies the foraging behavior of animals in response to the environment in which the animal lives. Foraging theory considers the foraging behavior of animals in reference to the payoff that an animal obtains from different foraging options. Foraging theory predicts that the foraging options that deliver the highest payoff should be favored by foraging animals because it will have the highest fitness payoff.
Robert MacArthur, J M Emlen, and Eric Pianka, first proposed an
optimal foraging theory in an independent paper in 1966. This theory argued that because of the key importance of successful foraging to an individual's survival, it should be possible to predict foraging behavior by using decision theory to determine the behavior that would be shown by an "optimal forager" - one with perfect knowledge of what to do to maximize usable food intake. While the behavior of real animals inevitably departs from that of the optimal forager, optimal foraging theory has proved very useful in developing hypotheses for describing real foraging behavior. Departures from optimality often help to identify constraints either in the animal's behavioral or cognitive repertoire, or in the environment, that had not previously been suspected. With those constraints identified, foraging behavior often does approach the optimal pattern even if it is not identical to it.
There are many versions of optimal foraging theory that are relevant to different foraging situation. These include:
The optimal diet model, which describes the behavior of a forager that encounters different types of prey and must choose which to attack
Patch selection theory, which describes the behavior of a forager whose prey is concentrated in small areas with a significant travel time between them
Central place foraging theory, which describes the behavior of a forager that must return to a particular place in order to consume its food, or perhaps to hoard it or feed it to a mate or offspring.
In recent decades, optimal foraging theory has frequently been applied to the foraging behaviour of human
hunter-gatherers. Although this is controversial, coming under some of the same kinds of attack as the application of socio biological theory to human behaviour, it does represent a convergence of ideas from human ecology and economic anthropology that has proved fruitful and interesting.
Important contributions to foraging theory have been made by:
Eric Charnov, who developed the marginal value theorem to predict the behaviour of foragers using patches;
Sir
John Krebs, with work on the optimal diet model in relation to tits and chickadees;
John Goss-Custard, who first tested the optimal diet model against behaviour in the field, using redshank, and then proceeded to an extensive study of foraging in the Common Pied Oystercatcher.



FODDER

Fodder
From Wikipedia, the free encyclopedia
( http://en.wikipedia.org/wiki/Fodder )


Fodder factory set up by an individual farmer to produce customized cattle feed
In agriculture, fodder or animal feed is any foodstuff that is used specifically to feed domesticated livestock, such as cattle, goats, sheep, horses, chickens and pigs. Most animal feed is from plants but some is of animal origin. "Fodder" refers particularly to food given to the animals (including plants cut and carried to them), rather than that which they forage for themselves (see forage). It includes hay, straw, silage, compressed and pelleted feeds, oils and mixed rations, and also sprouted grains and legumes.
The worldwide animal feed industry consumed 635 million tons of feed (compound feed equivalent) in 2006, with an annual growth rate of about 2%. The use of agricultural land to grow feed rather than human food can be controversial; some types of feed, such as corn (maize), can also serve as human food, while others such as grass cannot. Some agricultural by-products which are fed to animals may be considered unsavory by human consumers.

Common plants specifically grown for fodder

Round hay bales
Alfalfa (lucerne)
Barley
Birdsfoot trefoil
Brassicas
Chau moellier
Kale
Rapeseed (Canola)
Rutabaga (swede)
Turnip
Clover
Alsike clover
Red clover
Subterranean clover
White clover
Grass
False oat grass
Fescue
Bermuda grass
Brome
Heath grass
Meadow grasses (from naturally mixed grassland swards)
Orchard grass
Ryegrass
Timothy-grass
Maize (corn)
Millet
Oats
Sorghum
Soybeans
Trees (pollard tree shoots for "tree-hay")
Wheat

Types of fodder
various types of legume (left) and grass (right) fodder
Compound feed and premixes, often called pellets, nuts or (cattle) cake.
Crop residues: stover, copra, straw, chaff, sugar beet waste
Fish meal
Freshly cut grass and other forage plants
Meat and bone meal (now illegal in many areas due to risk of BSE)
Molasses
Oil cake and press cake
Oligosaccharides
Conserved forage plants: hay and silage
Seaweed
Seeds and grains, either whole or prepared by crushing, milling etc
Sprouted grains and legumes
Yeast extract

Health concerns
Barley is a crop sometimes grown for fodder
In the past, mad cow disease spread through the inclusion of ruminant meat and bone meal in cattle feed due to prion contamination. This practice is now banned in most countries where it has occurred. Some animals have a lower tolerance for spoiled or moldy fodder than others, and certain types of molds, toxins, or poisonous weeds inadvertently mixed into a food source may cause economic losses due to sickness or death of the animals.

Sprouted grains as fodder
Fodder in the form of sprouted grains and legumes can be grown in a small-scale environment. Sprouted grains can greatly increase the nutritional value of the grain compared with feeding the "raw" (ungerminated) grain to stock.



Sunday, 15 February 2009

Anglo-Nubian

The Anglo-Nubian, or simply Nubian in the United States, is a breed of domestic goat.
The breed was developed in Great Britain of native milking stock and goats from the Middle East and North Africa. Its distinguishing characteristics include large, pendulous ears and a "Roman" nose. Due to their Middle-Eastern heritage, Anglo-Nubians can live in very hot climates and have a longer breeding season than other dairy goats. Considered a dairy or dual-purpose breed, Anglo-Nubians are known for the high butterfat content of their milk, although on average, the breed produces less volume of milk than other dairy breeds.

Anglo-Nubians are large, with does weighing at least 135 lb. (61 kg.) [3] and 175 lb. (79 kg) for bucks. The minimum height of the breed, measured at the withers, is 30 inches (76 cm) for does and 35 inches (88 cm) for bucks [1]. Like most dairy goats, they are normally kept hornless by disbudding within approximately two weeks of birth.





History





The Anglo-Nubian breed originated in England as a cross between the Old English Milch Goat and the Zariby and Nubian bucks imported from India, Russia, and Egypt. They have been exported to most countries from England and in the United States are referred to as simply Nubians.





Breed characteristics





The typical Nubian is large in size and carries more flesh than other dairy breeds. The Nubian breed standard specifies large size, markings can be any color, the ears are long, pendulous, and the nose is Roman. The Nubian temperament is sociable, outgoing, and vocal. Because of its elongated ears and sleek body, the Nubian is occasionally nicknamed the "Lop-Eared Goat" or "Greyhound Goat".





Breed standard





According to the American Dairy Goat Association the Nubian goat should be:
[ ] a relatively large, proud, and graceful dairy goat of mixed Asian, African, and European origin, known for high quality, high butterfat, milk production.

The head is the distinctive breed characteristic, with the facial profile between the eyes and the muzzle being strongly convex (Roman nose). The ears are long (extending at least one inch [2.54 cm] beyond the muzzle when held flat along the face), wide and pendulous. They lie close to the head at the temple and flare slightly out and well forward at the rounded tip, forming a "bell" shape. The ears are not thick, with the cartilage well defined. The hair is short, fine and glossy. Any color or colors, solid or patterned, is acceptable.





Uses





The Nubian's size makes it a very useful dual purpose animal. The Nubian breed leads the way for the dairy breeds in butterfat production: it produces on average, 5% or more butterfat content. This is surpassed only by the Nigerian Dwarf , Pygmy goat and Boer goat breeds, which are less likely to be used for large scale milk production, as for a dairy or cheese making. Because of the higher fat content, the Nubian milk has more flavor than lower fat milks. Milk production is lower than other dairy breeds on average.

http://en.wikipedia.org/wiki/Anglo-Nubian