Thursday, 3 June 2010

OPERASI DIHENTIKAN / CEASE OPERATION

KANDANG TELAH TUTUP BERKUATKUASA 01 JUN 2010. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA SEMUA

OPERATIONS CEASED WIE 0N 01 JUNE 2010. THANK FOR YOUR SUPPORT

Monday, 8 February 2010

Pembaikan kandang

ahad 7 februari, dibantu oleh 2 orang rakan adik, kami membetulkan tangga kandang..keadaan tangga boleh dikatakan agak tak selamat..tunggu masa jek nak bolos kaki..tak kira la kaki orang ke kaki kambing...kayu,papan mereput dek oleh encik anai-anai yang berleluasa di kawasan tersebut..dah tentu tempat dia sebelum ni..

kitaorang guna balik kayu, papan yang sedia ada kat kandang..yang masih dalam keadaan baik la..berkat usaha kami berempat, siap la tangga tersebut dengan sakses nya..walaupun kekurangan sumber..sebat jek apa yang ada..

jumpo laie !!

Sunday, 24 January 2010

Rumput Guinea ( Panicum maximum ) part deux

Pada ujung minggu baru-baru, benih rumput guinea telah disemai dengan di bantu oleh tuan CEO, dan adik saya..ada pembaikan di buat pada piping....tambah extension untuk senang nak siram rerumput..boer betina ada seko kat kandang semakin sarat..bila tah nak kuar la tuh...

jumpa lagik !!

Thursday, 14 January 2010

Rumput Guinea ( Panicum maximum )

Nak cerita sket pasal rumput nih..last post ada gambo padang ragut dah kena bajak..nak tanam rumput baru..rumput guinea atau rumput gajah/rumput banggala/sarang sesak adalah salah satu pilihan penternak di serata dunia...ternakan akan dibiar bebas meragut ataupun kaedah cut-and-carry dilaksanakan..rumput guinea dengan penjagaan dan pembajaan yang konsisten, mempunyai jangka hayat yang panjang ( lebih dari 5 tahun) pengeluaran setahun untuk tanah seluas 1 ekar boleh mencapai hingga 5-7 tan..rumput ini juga sesuai untuk dijadikan silaj..untuk mendapat kuantiti dan kualiti yang baik, rumput ni dicadangkan dipotong / diragut ternakan selang 4 minggu..
KELEBIHAN

-berdaun sangat lebat
-kandungan zat yang tinggi dan berkualiti
-pengeluaran yang tinggi
-sedia dimakan oleh ternakan
-sesuai untuk ragutan atau potong-dan-bawa (cut-and-carry)
-tahan lasak ketika musim kemarau

KEKURANGAN

-memerlukan tanah yang subur (dirawat)
-air tidak boleh bertakung
-tidak berkembang jika ragutan melampau
-batang menjadi keras jika tiada ragutan/potongan

Friday, 8 January 2010

Resurface & Edisi Baru Jan 2010

2010 suda maariiiii...ini adalah keadaan terkini di padang ragut kandang kami..resurface hahaha..aktiviti berlaku pada hari minggu lepas..apasal nak resurface..mau tanam rumput baru laaa..






BENIH RUMPUT

Ni yang berbungkus dalam plastik nih, bukan kuaci yeeee...kedua duo nye adolah bonih rumput..bungkusan atas tuh namo bonih eh purple guinea ataupun dalam bahasa melayu benih rumput guinea ungu (rumput kan ijau????)

Yang nih plak, pun bukan kuaci...namo eh stylo ciat 184 seed...agak eh rumput ni lobih style eh berbanding ghumput ghumput lain kek merato dunio nih...nanti akan ku kabarkan perihal kedua dua ghumput nih..

2010 NEW EDITION (LIMITED)

haaaaaaaaaa...bukan kereta tuan/puan..sebalik nya anak kambin daaa...nih hasil pencampuran baka boer dan ettawah..dapat la mamat nih..seekor jantan...beliau di dapati telah pun berdiri dan menyusu sewaktu di lawati oleh empunya kandang kambing pagi tadi...bila waktu kelahiran nya, tidak dapat dipastikan..berdasarkan pemerhatian petang tadik, kelihatan mamat nih sehat walafiat...

welkam to the family brader !!!

Friday, 1 January 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010


selamat tahun baru 2010 !!! hopefully this year will be much better !!!!

Tuesday, 22 December 2009

Pertanian adalah perniagaan ???

tajuk pe tuh..saje saya usik tajuk nih..saya amik nih dari emel group yg saya subscribe..berkenaan nasib penternak kambing kat malaysia..tentang bagaimana cara mereka struggle nak idup dengan keadaan sekarang nih..rata rata mereka ni bermula sebagai menyahut seruan kerajaan..nak tolong negara sendiri..nak mengurangkan pengimpotan kambing dari luar(frozen)...

tetiap tahun bila tiba musim qurban, kambing mana yang paling laku di jual..?? kambing ostolia ex KLIA..kambing feral namanya...nak rolling cepat..kambing sendiri..ada terbiar kat kandang..

persatuan penternak kambing malaysia?? mana eh...ada ke...senyap sunyi jek..rasa nya masa isi borang kat MAHA dilengkapkan dengan no telefon, alamat emel,alamat kandang kalau nak jengok..

harga makanan sekarang..kita takde bahan mentah untuk proses..kita harus mengimpot dari luar barang mentah..itu kata orang atas la..tapi ada member sepenternak dia bagi sekam padi...sekam padi kan byk kat sini..takkan tak bleh proses..tak pun bagi je la pree..ko nak buat apa dgn sekam padi tuh??

hmmm apakah pendapatan anda...bagi saya AGI IDUP AGI NGELABAN !!